Monday, February 22, 2010

semua ada di SINI


Perkembangan dan berita terkini serta aktiviti MAJLIS JEMAAH COCHRANE . masuk aje di sini http://ayahandazul.blogspot.com/

Sunday, September 13, 2009

Kepada Ahli yang Berdaftar

salam kepada semua Jemaah > kepada sesiapa yang berdaftar dengan AKRAB sila datang ke pejabat Majlis Jemaah Cochrane untuk mengambil Kad AKRAB , ramai yang sudah siap dan belum ambil lagi. boleh datang ambil pada bila-bila masa di pejabat. terima kasih.

Thursday, July 9, 2009

Ayah Syed sudah sehat.. Alhamdullillah.



9 julai 09 , kamis jam 4.00 petang saya bersama Ayahanda Zul pergi melawat Paduka Ayahanda Syed Husain Di Ulu Kelang, Alhamdullillah Beliau sudah sehat sepeti sedia kala. semasa kami sampai kebetulan Paduka Ayahanda Hj Daud ada bersama. dapat kami bersembang dan berbincang isu-isu semasa di mana Paduka Ayahanda Syed Hussain dengan Perkembangan terbaru telah pun menubuh KOPERASI SAHABAT, sempat beliau menerangkan kepada kami . Tahniah Paduka Ayahanda semoga apa yang dilakukan penuh dengan kejayaan.

Saturday, June 27, 2009

Kunjung Hurmat kami di Utusan Malaysia

26 jun 2009 jumaah jam 4.00 petang kami telah membuat kunjung hormat di Utusan malaysia jalan lima of Jalan Chan Sow Lin kami di sambut dengan mesranya oleh En. Lokman Pengarang Berita kanan dan En. Hassan Mohd Noor Pengarang Utusan Malaysia. Rombongan kami yang turut serta adalah Ayahanda Li Juanna, Ayahanda Halim, Ayahanda Fauzi, Ayahanda Hashim dan Ayahanda Zulkifli AKRAB setar Kekanda-kekanda dan jemaah. Ucapan Terima kasih yang teramat sangat dari kami Untuk semua kakitangan Utusan yang menyambut dan melayani ketibaan kami. Iksyaallah di masa akan datang kami dari AKRAB pula akan membuat kunjung hurmat yang terdiri dari ahli-ahli AKRAB ke Utusan Malaysia. terima kasih buat Paduka Kekanda Rashid Penasihat Utama AKRAB.

Tuesday, June 23, 2009

Majlis kenduri perkahwinan anak abang basir

maaf lama tak masuk perkembangan terkini, sibuk sangat.. ini pun dah lambat masuk .. ,maaf semua.. kalau apa-apa boleh sms saya atau email..

Saturday, June 6, 2009

Haramkan Chin Peng jejak tanah melayu

kita rakyat malaysia mesti pertahankan negara kita dari segala ancaman, Chin Peng bukan rakyat malaysia.. haram jejak kaki di malaysia.. dia pengkianat negara.. harus di hukum.. ramai rakyat malaysia menderita kerana dia..

Monday, May 18, 2009

Kanda Bob menyerah borang AKRAB

18 may 2009 jam 10.00 malam Abang Long Bob datang ke pejabat bersama Abang Kamal menyerahkan borang AKRAB kepada Abang Ngah Naim , semua adik-adik abang long telah berdaftar sebagai ahli AKRAB, Terima kasih Abang Long Bob..



Tuesday, May 12, 2009

AKRAB Kuala Lumpur Enterprise


pukul 2.oo ptg 12 may 09, saya abg ngah Naim bersama Abang Long zul Kembara ke SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk mendaftarkan Syarikat atas nama AKRAB, kini telah lulus sebuah syarikat atas nama " AKRAB KUALA LUMPUR ENTERPRISE " tujuan syarikat ini di daftar adalah untuk menjalankan sebarang perniagaan untuk tabung AKRAB.. dengan ini segala kemudahan untuk Jemaah AKRAB akan sama-sama kita rasai.

Saturday, May 9, 2009

Majlis Tahlil dan doa selamat di pejabat Ayah Lan

9 may 2009 sabtu jam 4.00 petang di pejabat PEKIDA Wilayah Persekutuan Ayahanda Roslan Dahaman atau Ayah lan Gajah berlangsungnya majlis Tahlil dan doa selamat diantara tetamu yang hadir anak-anak tahfiz ittifaqiah keramat hujung meraikan majlis ini turut serta ayahanda-Ayahanda, Ayah halim bendahara dan paduka kekanda Rashid Fazdil turut bersama. saya dan Ayahanda Zul bersama dalam majlis.. terima kasih Ayahnada Lan menjemput kami hadir. majlis ini sunguh meriah.



Thursday, May 7, 2009

menyampaikan sumbangan kpd Abang Long Mie

7 may 2009 jam 2.00 petang Ayahanda bersama Abang Ngah Naim, Abang Hassan dan Brother Z' menyampaikan sumbangan untuk kenduri Tahlil Aruah Bapa Abang Mie . Abang Long Mie menerima sumbangan dari Abang Ngah Naim.



Saturday, May 2, 2009

memperkenalkan AKRAB di Hutan Melentang


terima kasih semua jemaah Cochrane di Hutan Melentang di bawah Abang Long Mad Zain menyambut kedatangan Ayahanda bersama rombongan dari Kuala Lumpur. kedatangan Ayahanda memeperkenalkan AKRAB kepada semua jemaah. Alhamdulillah mendapat sambutan . Ayahanda menyeru kepada semua jemaah MJC menyertai AKRAB. AKRAB adalah sebuah pertubuhan untuk kita semua umat islam khasnya.

Thursday, April 30, 2009

terima kasih Ayahanda melantik Naim

dengan rasa syukur kepada Allah saya menggambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada YM Ayahanda memberi kepercayaan kepada saya melantik saya sebagai Abang Ngah untuk AKRAB. Iksyaallah dengan kepercayaan yang di beri saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya sebagai Abang Ngah. terima kasih juga saya kepada Abang Long E, Abang Long Hashim, Abang Long Zul, Abang Chik Ruslan dan adinda Latif serta adik-adik yang hadir di majlis pelantikan ini. 30 April 2009 jam 9.00 malam tercatit sejarah buat saya. terima kasih semua.

Abang Long Zul dilantik Kekanda.


Abang Long Zul adalah penolong Setiausaha AKRAB, dengan Jasa dan kerja kerasnya terhadap AKRAB maka Ayahanda melantik Beliau KEKANDA dan beliau juga mempunyai ramai adik2 bersamanya, dengan pelantikan ini harapan dari kami Majlis Jemaah agar Abang Long Zul dapat berkerja lebih keras lagi untuk memajukan lagi AKRAB, dengan sifat ramah dan rajin Abang Long Zul juga orang yang bertanggungjawab. Tahniah Abang Long Zul.

Monday, April 27, 2009

Ayahanda zul bersama Kanda Zam Perlis

YM Ayahanda Zul bersama Kanda E menerangkan kepada Kanda Zam dan Pembantu Khasnya Adinda Dino, penerangan berkenaan Penubuhan AKRAB . Kanda Zam adalah Pengerusi perhubungan Negeri Perlis dan Adinda Dino selaku pembantu khas AKRAB bagi negeri Perlis. semoga AKRAB dapat mengembangkan sayapnya di perlis.. bagi negeri Perlis , kepada sesiapa yang ingin menjadi Ahli AKRAB boleh hubungi dengan Kanda Zam.

memperkenalkan AKRAB kepada Jemaah Kedah

25 April 2009 sabtu jam 9.00 malam berlangsungnya perjumpaan dengan Jemaah Kedah di bawah Naugan Tok Ayah Shaari Naib Presiden AKRAB (kota sarang semuat), semua Jemaah hadir dan memberi sokongan Penubuhan AKRAB , terima kasih semua. yang turut bersama mengikuti ayahanda zul ke kedah, Abang Long E, Abang Long Zahir, Abang Long Bob Setapak, Abang Long Bob Penang, Abang Long Hashim (Atok), Abang Ngah naim dan Abang ngah Zuk Kembara serta adik-adik..
Jemputan Khas Ayahanda dari Pinang Tunggal ia itu Ayahanda Man Besar bersama Abang Longnya turur bersama dan memberi sokongan kepada AKRAB, Beliau bersetuju dan memuji penubuhan ini, Ayahanda Man adalah Majlis Tertingi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehshan Malaysia - AL-EHSAN.
Dangan rasa Syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat dan rakmatnya, semua berjalan dengan selamat dan suasana sungguh meriah serta mendapat sokongan dari semua jemaah. sama-sama kita berdoa semoga AKRAB terus maju dan cermelang.

Sunday, April 19, 2009

> Mesyuarat Penubuhan AKRAB 19 April 2009

bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t di atas limpah kurnianya kepada kita semua, dengan keberkatan dan nikmatnya. 29 April 09, jam 4.00 petang di Midtown jalan Tun Razak di adakan perjumpaan dan mesyuaran Ahli-ahli Majlis Jemaah Cochrane. dengan perjumpaan ini dapat kami merapatkan lagi hubungan sesama kami, iksyaallah semua berjalan lancar. di atas nawaitu yang satu dan sama tujuan kita menegakan Agama serta hubunggan kita dalam islam maka Pendekatan diambil Oleh Ayahanda Zul, untuk merapatkan lagi hubunggan kita dengan bantuan Kekanda-kekanda dan semua Jemaah persetujuan di ambil untuk menubuhkan satu Pertubuhan . Oleh yang demikian Ayahanda zul mengitiharkan satu Pertubuhan akan di daftar dan menjalankan segala kebajikan dan kebaikan kita semua. PERTUBUHAN MAJLIS PERPADUAN JEMAAH KUALA LUMPUR ( AKRAB ) di tubuhkan untuk ahli-ahli jemaah cochrane menjalan kan Aktiviti dalaman. dengan ini Ayahzul selaku Presiden AkRAB akan mentahbirkan dan menjalan badan kebajikan ini. harapan dari Ayahzul semoga semua Kekanda-kekanda dan Jemaah menjalankan kewajipan sebagai Ahli Akrab , dan berdaftarlah segera. dengan ini kita semua Ahli AKRAB seganai saudara atau adik beradik sama juga dengan Pertubuhan-pertubuhan yang sealiran dengan kita. tujuan dan matelamat kita sama . dengan lafas Bismilah YM Ayahanda Zul melancarkan AKRAB . sama-sama kita membantu menaikan nama AKRAB serta menjaga nama baik AKRAB.
sebarang pertanyaan atau ingin tahu boleh SMS kepada Abang Ngah Naim, setiausaha agung AKRAB 017356570008.
terima kasih semua.




BLOG MAJLIS JEMAAH COCHRANE MASIH IKTIF. BOLEH KLIP DI SINI UNTUK SINGAH SEKEJAB >
http://www.ayahandazul.blogspot.com/
TERUS BERSAMA SETIAP HARI DAPAT PERKEMBANGAN TERKINI >Sekiranya anda mempunyai pandangan, komen, gambar-gambar aktiviti, aktiviti akan datang, jemputan dan sebagainya boleh hantar kepada Email > zulshaari@yahoo.com <