
Perkembangan dan berita terkini serta aktiviti MAJLIS JEMAAH COCHRANE . masuk aje di sini http://ayahandazul.blogspot.com/
Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia



9 julai 09 , kamis jam 4.00 petang saya bersama Ayahanda Zul pergi melawat Paduka Ayahanda Syed Husain Di Ulu Kelang, Alhamdullillah Beliau sudah sehat sepeti sedia kala. semasa kami sampai kebetulan Paduka Ayahanda Hj Daud ada bersama. dapat kami bersembang dan berbincang isu-isu semasa di mana Paduka Ayahanda Syed Hussain dengan Perkembangan terbaru telah pun menubuh KOPERASI SAHABAT, sempat beliau menerangkan kepada kami . Tahniah Paduka Ayahanda semoga apa yang dilakukan penuh dengan kejayaan.

26 jun 2009 jumaah jam 4.00 petang kami telah membuat kunjung hormat di Utusan malaysia jalan lima of Jalan Chan Sow Lin kami di sambut dengan mesranya oleh En. Lokman Pengarang Berita kanan dan En. Hassan Mohd Noor Pengarang Utusan Malaysia. Rombongan kami yang turut serta adalah Ayahanda Li Juanna, Ayahanda Halim, Ayahanda Fauzi, Ayahanda Hashim dan Ayahanda Zulkifli AKRAB setar Kekanda-kekanda dan jemaah. Ucapan Terima kasih yang teramat sangat dari kami Untuk semua kakitangan Utusan yang menyambut dan melayani ketibaan kami. Iksyaallah di masa akan datang kami dari AKRAB pula akan membuat kunjung hurmat yang terdiri dari ahli-ahli AKRAB ke Utusan Malaysia. terima kasih buat Paduka Kekanda Rashid Penasihat Utama AKRAB.









9 may 2009 sabtu jam 4.00 petang di pejabat PEKIDA Wilayah Persekutuan Ayahanda Roslan Dahaman atau Ayah lan Gajah berlangsungnya majlis Tahlil dan doa selamat diantara tetamu yang hadir anak-anak tahfiz ittifaqiah keramat hujung meraikan majlis ini turut serta ayahanda-Ayahanda, Ayah halim bendahara dan paduka kekanda Rashid Fazdil turut bersama. saya dan Ayahanda Zul bersama dalam majlis.. terima kasih Ayahnada Lan menjemput kami hadir. majlis ini sunguh meriah.




dengan rasa syukur kepada Allah saya menggambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada YM Ayahanda memberi kepercayaan kepada saya melantik saya sebagai Abang Ngah untuk AKRAB. Iksyaallah dengan kepercayaan yang di beri saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya sebagai Abang Ngah. terima kasih juga saya kepada Abang Long E, Abang Long Hashim, Abang Long Zul, Abang Chik Ruslan dan adinda Latif serta adik-adik yang hadir di majlis pelantikan ini. 30 April 2009 jam 9.00 malam tercatit sejarah buat saya. terima kasih semua.
Abang Long Zul adalah penolong Setiausaha AKRAB, dengan Jasa dan kerja kerasnya terhadap AKRAB maka Ayahanda melantik Beliau KEKANDA dan beliau juga mempunyai ramai adik2 bersamanya, dengan pelantikan ini harapan dari kami Majlis Jemaah agar Abang Long Zul dapat berkerja lebih keras lagi untuk memajukan lagi AKRAB, dengan sifat ramah dan rajin Abang Long Zul juga orang yang bertanggungjawab. Tahniah Abang Long Zul.

YM Ayahanda Zul bersama Kanda E menerangkan kepada Kanda Zam dan Pembantu Khasnya Adinda Dino, penerangan berkenaan Penubuhan AKRAB . Kanda Zam adalah Pengerusi perhubungan Negeri Perlis dan Adinda Dino selaku pembantu khas AKRAB bagi negeri Perlis. semoga AKRAB dapat mengembangkan sayapnya di perlis.. bagi negeri Perlis , kepada sesiapa yang ingin menjadi Ahli AKRAB boleh hubungi dengan Kanda Zam.







25 April 2009 sabtu jam 9.00 malam berlangsungnya perjumpaan dengan Jemaah Kedah di bawah Naugan Tok Ayah Shaari Naib Presiden AKRAB (kota sarang semuat), semua Jemaah hadir dan memberi sokongan Penubuhan AKRAB , terima kasih semua. yang turut bersama mengikuti ayahanda zul ke kedah, Abang Long E, Abang Long Zahir, Abang Long Bob Setapak, Abang Long Bob Penang, Abang Long Hashim (Atok), Abang Ngah naim dan Abang ngah Zuk Kembara serta adik-adik.. 



















bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t di atas limpah kurnianya kepada kita semua, dengan keberkatan dan nikmatnya. 29 April 09, jam 4.00 petang di Midtown jalan Tun Razak di adakan perjumpaan dan mesyuaran Ahli-ahli Majlis Jemaah Cochrane. dengan perjumpaan ini dapat kami merapatkan lagi hubungan sesama kami, iksyaallah semua berjalan lancar. di atas nawaitu yang satu dan sama tujuan kita menegakan Agama serta hubunggan kita dalam islam maka Pendekatan diambil Oleh Ayahanda Zul, untuk merapatkan lagi hubunggan kita dengan bantuan Kekanda-kekanda dan semua Jemaah persetujuan di ambil untuk menubuhkan satu Pertubuhan . Oleh yang demikian Ayahanda zul mengitiharkan satu Pertubuhan akan di daftar dan menjalankan segala kebajikan dan kebaikan kita semua. PERTUBUHAN MAJLIS PERPADUAN JEMAAH KUALA LUMPUR ( AKRAB ) di tubuhkan untuk ahli-ahli jemaah cochrane menjalan kan Aktiviti dalaman. dengan ini Ayahzul selaku Presiden AkRAB akan mentahbirkan dan menjalan badan kebajikan ini. harapan dari Ayahzul semoga semua Kekanda-kekanda dan Jemaah menjalankan kewajipan sebagai Ahli Akrab , dan berdaftarlah segera. dengan ini kita semua Ahli AKRAB seganai saudara atau adik beradik sama juga dengan Pertubuhan-pertubuhan yang sealiran dengan kita. tujuan dan matelamat kita sama . dengan lafas Bismilah YM Ayahanda Zul melancarkan AKRAB . sama-sama kita membantu menaikan nama AKRAB serta menjaga nama baik AKRAB.